Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Bagi ramai individu, rambut di kepala ibarat mahkota mereka. Namun bagi sesetengah kaum Adam pula, rambut di bahagian muka lagi dibanggakan daripada rambut di atas kepala. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Warga Serbia Encik Zoran Lazarevic, 70 tahun, menunjukkan misainya yang sepanjang 140 sentimeter. (Gambar: Vladimir Zivojinovic /STR/AFP)

Diterbitkan : 31 Aug 2019 02:13PM Dikemas Kini : 31 Aug 2019 02:17PM

BERITAmediacorp: Cara rambut digayakan memberi kesan kepada keseluruhan keterampilan seseorang. Lantaran itu, tidak hairanlah bagi ramai individu, rambut di kepala ibarat mahkota mereka.

Namun bagi sesetengah kaum Adam pula, rambut di bahagian muka lagi dibanggakan daripada rambut di atas kepala. Gambar Pilihan Hari Ini memetik satu individu seperti itu - Zoran Lazarevic. Meskipun sudah berusia 70 tahun dan rambutnya serba putih, warga Serbia itu dengan bangga menunjukkan betapa sihatnya misai yang dipelihara sehingga begitu panjang.

Misainya sepanjang 140 sentimeter itu begitu menakjubkan sehingga beliau dinobatkan pemenang pertandingan misai paling panjang yang diadakan dekat Rekovac, tengah Serbia baru-baru ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan