Gambar Pilihan Hari Ini
Seni itu ada di mana-mana dan ia terpulang kepada si pemerhati untuk menilai estetikanya.

(Gambar: Ozan KOSE/AFP)
BERITAmediacorp: Bukalah mata anda lebih luas lagi. Seni itu ada di mana-mana dan ia terpulang kepada si pemerhati untuk menilai estetikanya.
Seperti juga dalam Gambar Pilihan Hari Ini, tampak seperti biasa tetapi tahukah anda, ia adalah karya lukisan pada biji buah.
Pelukisnya, Hasan Kale, berasal dari Istanbul dan beliau dikenali sebagai artis mikro Turki.
Sejak lebih dua dekad kini, Hasan sudahpun mengusap berusnya pada segala macam objek kecil dari mancis, biji, pisau cukur hinggalah penutup botol untuk menghasilkan air tangan seni yang kreatif.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.