Gambar Pilihan Hari Ini
Para penduduk di Florida, Amerika Syarikat sedang giat membuat persiapan bagi ketibaan Taufan Dorian yang diramal akan membadai wilayah itu pada bila-bila masa sahaja.

(Gambar: nbcnews/Instagram)
BERITAmediacorp: Para penduduk di Florida, Amerika Syarikat sedang giat membuat persiapan bagi ketibaan Taufan Dorian yang diramal akan membadai wilayah itu pada bila-bila masa sahaja.
Orang ramai biasanya lebih mementingkan keselamatan diri mereka sendiri, dengan ada yang berebut-rebut untuk mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi. Namun siapa sangka dalam masa-masa terdesak, ada juga yang lebih mengutamakan kenderaan kesayangan mereka.
Gara-gara risau kereta bijaknya mungkin ‘melayang’ akibat tiupan angin kencang, seorang pencinta kereta di Florida sanggup meletakkan kenderaannya di dalam dapur rumahnya, seperti yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini.
Gambar yang dikongsi itu tular di media sosial dan ia turut menyebabkan ramai netizen tergelak dengan langkah ‘luar biasa’ itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.