Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Pernahkah anda terfikir, apakah perkakas yang perlu para anggota SCDF bawa apabila bergegas untuk menyelamatkan nyawa? Gambar Pilihan Hari Ini mendedahkan semuanya!

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Facebook/SCDF/Balai Bomba Sengkang)

Diterbitkan : 15 Sep 2019 05:09PM Dikemas Kini : 15 Sep 2019 05:15PM

BERITAmediacorp: Hampir setiap minggu, media tempatan melaporkan tentang kerja-kerja murni para anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menangani pelbagai bentuk kecemasan. Namun pernahkah anda terfikir, apakah perkakas yang perlu mereka bawa apabila bergegas untuk menyelamatkan nyawa?

Gambar Pilihan Hari ini mendedahkan semuanya! Para anggota dari Balai Bomba Sengkang menyahut #TetrisChallenge yang sedang tular di media sosial, di mana para anggota pasukan kecemasan sedunia menyusun semua perkakas mereka di tepi kenderaan dan mengambil gambar. Lihat sahaja gulungan hos air yang dibawa, hampir 30 kesemuanya!

Catatan SCDF di laman Facebooknya itu sedikit-sebanyak memberi intaian di sebalik kerja-kerja yang dilakukannya setiap hari. Tabik kepada The Life Saving Force.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan