Gambar Pilihan Hari Ini
Jarang sekali dapat kita lihat seni tanpa batasan fizikal tetapi dalam Gambar Pilihan Hari Ini, satu lukisan gergasi terbentang luas di tengah-tengah padang untuk tatapan umum dari semua sudut.

(Gambar: AFP)
BERITAmediacorp: Jarang sekali dapat kita lihat seni tanpa batasan fizikal tetapi dalam Gambar Pilihan Hari Ini, satu lukisan gergasi terbentang luas di tengah-tengah padang untuk tatapan umum dari semua sudut.
Hasil kreatif oleh artis tanah dari Perancis, Saype, memaparkan dua tangan sedang berjabat sebagai tanda menunjukkan sokongan kepada persatuan pendatang asing SOS Mediterrannee. Seni itu menghiasi Parc de la Grange, sebuah taman tepi tasik yang besar di Geneva.
SOS Méditerranée adalah pertubuhan maritim-kemanusiaan Eropah, ditubuhkan untuk menyelamatkan nyawa di laut dan ia kini beroperasi di laut Mediterranean dekat perairan antarabangsa utara Libya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.