Gambar Pilihan Hari Ini
Melawan kebakaran adalah satu tugas yang susah dan kadangkalanya boleh membahayakan nyawa. Inikan pula melawan kebakaran hutan atau tanah gambut yang begitu meluas sehingga menyebabkan jerebu yang menyelubungi beberapa negara.

(Gambar: TRIBUN PONTIANAK/DESTRIADI YUNAS JUMASANI)
BERITAmediacorp: Melawan kebakaran adalah satu tugas yang susah dan kadangkalanya boleh membahayakan nyawa. Inikan pula melawan kebakaran hutan atau tanah gambut yang begitu meluas sehingga menyebabkan jerebu yang menyelubungi beberapa negara.
Lantaran itu, tidak hairanlah seorang adiwira juga perlu turun padang untuk membantu dalam usaha ini. Gambar Pilihan Hari Ini merakam aksi seorang individu yang tidak dikenali yang membantu memadamkan kebakaran hutan di Indonesia, dengan memakai pakaian watak adiwira Spider-man.
Menurut agensi berita Tribunnews, individu tersebut melakukan demikian sebagai menunjukkan sokongan kepada para relawan yang tidak mengenal penat lelah melawan kebakaran di Pontianak, Kalimantan Barat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.