Gambar Pilihan Hari Ini
Kapal yang melalui terusan di Greece ini berukuran lebar hanya 22.5 meter sekaligus menjadikannya kapal terbesar yang pernah melalui terusan sempit ini berukuran lebar 25 meter ini.
(Gambar: Fred. Olsen Cruise Lines/Facebook)
BERITAmediacorp: Kapal yang melalui terusan di Greece ini berukuran lebar hanya 22.5 meter sekaligus menjadikannya kapal terbesar yang pernah melalui terusan sempit berukuran lebar 25 meter ini.
Pasti kecut perut dibuatnya jika berada di atas kapal berkenaan tetapi ia menjadi pengalaman begitu luar biasa bagi lebih 900 penumpang kapal syarikat Fred Olsen.
Kapal-kapal seringkali melalui terusan sempit ini sejak 1893. Bagaimanapun, hanya minggu lalu, syarikat Fred Olsen mengaku mengemudi kapal persiaran terbesar di terusan itu. Kapal tersebut seberat 24,000 tan dan berukuran panjang 195.82 meter.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.