Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Kadang-kadang persahabatan terjalin dalam situasi yang paling tidak dijangkakan. Malah, kadang-kadang dua pihak yang sepatutnya bermusuhan juga boleh menjadi kawan, seperti dipetik dalam Gambar Pilihan Hari Ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Kambing bernama Timur dan harimau Siberia bernama Amur dipetik bergambar bersama pada 2015 (Gambar: AFP/Primorye Safari Park/Dmitry Mezentsev)

Diterbitkan : 09 Nov 2019 02:23PM Dikemas Kini : 09 Nov 2019 02:25PM

BERITAmediacorp: Kadang-kadang persahabatan terjalin dalam situasi yang paling tidak dijangkakan. Malah, kadang-kadang dua pihak yang sepatutnya bermusuhan juga boleh menjadi kawan, seperti dipetik dalam Gambar Pilihan Hari Ini.

Inilah Timur, seekor kambing dari Rusia yang terkenal di negara itu atas keberanian haiwan tersebut. Ditempatkan dalam sebuah kandang harimau pada 2015 untuk dijadikan ‘santapan’, Timur sebaliknya tidak menunjukkan sebarang rasa gentar, sehingga akhirnya berkawan dengan seekor harimau Siberia yang diberi nama Amur.

Malangnya, kisah dua sahabat yang menarik perhatian ramai ini tidak berkekalan. Amur menerkam Timur dan mencampaknya dalam satu kejadian yang berlaku pada 2016 setelah kambing itu ‘bergurau’ dengan terlalu kasar. Kedua-dua haiwan itu kemudian tinggal dalam kandang yang berasingan, sehinggalah Timur baru-baru ini dilaporkan mati atas sebab-sebab semula jadi.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan