Skip to main content

Gambar Pilihan Hari Ini

Nampak seperti pasar lambak tetapi baju kot, baju panas dan jaket ini bukanlah untuk dijual.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Warm for winter/Facebook)

Diterbitkan : 10 Dec 2019 02:14PM Dikemas Kini : 10 Dec 2019 02:16PM

BERITAmediacorp: Nampak seperti pasar lambak tetapi baju kot, baju panas dan jaket ini bukanlah untuk dijual.

Tergantung rapi di susur tangan sebuah jambatan dekat pusat bandar raya Dublin, kesemua baju panas dalam Gambar Pilihan Hari Ini sebenarnya untuk didermakan kepada golongan miskin kala musim sejuk.

Inisiatif muhibah tersebut dikendalikan oleh sebuah laman Facebook bernama 'Warm for Winter' yang menyasarkan untuk menyediakan kelengkapan buat golongan gelandangan menempuhi cuaca sejuk. Antara barang-barangan lain yang didermakan termasuk topi berbulu, sarung tangan serta selendang dan kesemuanya diletakkan di kawasan kerap dilalui golongan berkenaan.

Related article image
(Gambar: Warm for winter/Facebook)

(Gambar: Warm for winter/Facebook)

Papan-papan tanda juga diletakkan di laluan pejalan kaki dengan bertulis: "Jika anda memerlukannya, sila ambil satu. Jika anda mahu bantu, sila gantungkannya di sini." 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita