Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Pemergian pelakon veteran tempatan, JA Halim disifatkan sebagai suatu kehilangan besar dalam industri seni Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: BERITAmediacorp)

Diterbitkan : 13 Dec 2019 03:38PM Dikemas Kini : 13 Dec 2019 03:40PM

BERITAmediacorp: Pemergian pelakon veteran tempatan, JA Halim disifatkan sebagai suatu kehilangan besar dalam industri seni Singapura.

Beliau diserang angin ahmar sekitar pukul 9.00 malam pada Rabu (11 Dis). Setelah dikejarkan ke hospital, doktor mengesahkan pembuluh darah Allahyarham pecah menyebabkan pendarahan pada bahagian kanan otaknya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada sekitar 7.50 pagi hari ini (13 Dis).

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan anak lelaki Allayharham, Helmindra Halim mengusung keranda ayah tercintanya ke dalam van jenazah. Tidak dapat dibayangkan betapa luluhnya hatinya itu, di sebalik wajah yang kelihatan tenang.

Suasana sedih dan pilu bukan sahaja menyelubungi anggota keluarga dan sahabat handai, tetapi juga pihak BERITAmediacorp yang turut hadir di rumah Allahyarham di Serangoon Ave 3 sekitar pukul 11.30 pagi tadi.

Yang jelas, pemergian JA Halim cukup dirasai. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan