Gambar Pilihan Hari Ini
Dedikasi. Itulah perkataan yang menggambarkan tindakan lelaki dalam Gambar Pilihan Hari Ini.
BERITAmediacorp: Dedikasi. Itulah perkataan yang menggambarkan tindakan lelaki dalam Gambar Pilihan Hari Ini.
Beliau bukanlah seorang pengguna jalan raya yang kelihatan seolah-olah sedang mengorek longkang untuk mendapatkan semula barangnya tetapi pegawai polis yang patut dijulang sebagai adiwira.
Jika bukan kerana beliau menyangkung dan menggunakan tangannya sendiri untuk mengeluarkan objek yang menyebabkan longkang itu tersumbat, air bah mungkin terus naik lalu menyulitkan lagi pergerakan lalu lintas di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Insiden berlaku pada hujung minggu lalu sebelum Krismas apabila kawasan tersebut mengalami hujan yang sangat lebat.
Satu video yang dikongsikan oleh laman Facebook Polis Diraya Malaysia (PDRM) dibanjiri dengan pujian atas usaha murni pegawai Jabatan Penguatkuasaan Trafik dan Siasatan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.