Gambar Pilihan Hari Ini
Taman Mata Air Panas di Sembawang ditemui buat pertama kali pada awal tahun 1900-an di sebuah kawasan yang dimiliki oleh pedagang Cina, Encik Seah Eng Keong.
BERITAmediacorp: Taman Mata Air Panas di Sembawang ditemui buat pertama kali pada awal tahun 1900-an di sebuah kawasan yang dimiliki oleh pedagang Cina, Encik Seah Eng Keong.
Pada suatu ketika dahulu, ia adalah sebuah kawasan mandi air panas bagi para askar Jepun di Singapura semasa Perang Dunia Kedua. Pada 1960-an pula, media tempatan melaporkan bahawa saranan-saranan dikemukakan untuk membangunkan kawasan itu menjadi sebuah spa bagi para pelancong, termasuk menyediakan sebuah restoran, padang golf mini atau kawasan hutan simpanan -tetapi semuanya tidak terlaksana.
Tapak itu juga bertukar tangan sebanyak beberapa kali sebelum Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyerahkan semula tapak tersebut kepada pemerintah dan kerja-kerja ubah elok dimulakan pada Ogos 2018.
Taman Mata Air Panas Sembawang dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi sehingga 7.00 malam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.