Skip to main content

Gambar Pilihan Hari Ini

Sebagai penduduk bandar yang banyak meraih manfaat pemodenan, pernahkan kita terfikir sejenak di manakah garis pembangunan dan bilakah ia disifatkan sebagai melampau?

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Ketua puak Kayapo Cacique Raoni Metuktire antara orang asli yang menentang penebangan Amazon di Brazil (Gambar: Carl de Souza/AFP)

Diterbitkan : 19 Jan 2020 05:11PM Dikemas Kini : 19 Jan 2020 05:18PM

BERITAmediacorp: Sebagai penduduk bandar yang banyak meraih manfaat pemodenan, pernahkan kita terfikir sejenak di manakah garis pembangunan dan bilakah ia disifatkan sebagai melampau?

Di Brazil misalnya, penebangan hutan Amazon demi memberi laluan kepada aktiviti perekonomian kekal menjadi isu yang hangat dibahaskan. Presiden Jair Bolsonaro antara lain kerap dituduh lebih memihak kepada syarikat-syarikat dan membahayakan hutan yang dianggap 'paru-paru' bumi, demi meraih manfaat ekonomi.

Isu tersebut begitu meruncing sehinggakan para pemimpin orang asli yang menetap dalam hutan itu berhimpun dan membentuk perikatan demi menentang dasar-dasar tersebut. Antara 'mangsa pemodenan' yang menganggotai perikatan tersebut termasuk Cacique Raoni Metuktire dari kampung Piaracu, yang dirakamkan dalam kostum puak Kayapo dalam Gambar Pilihan Hari Ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita