Gambar Pilihan Hari Ini
Seorang bapa warga Syria Abdullah al-Mohammed membisik di telinga anak perempuannya yang berusia tiga tahun di rumah mereka di Sarmada, sebuah bandar di Syria yang sering menjadi sasaran serangan udara.
(Gambar: AFP)
BERITAmediacorp: Seorang bapa warga Syria Abdullah al-Mohammed membisik di telinga anak perempuannya yang berusia tiga tahun di rumah mereka di Sarmada, sebuah bandar di Syria yang sering menjadi sasaran serangan udara.
Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan cara kreatif dan menyentuh jiwa seorang bapa berusaha menenangkan keadaan mental anak perempuannya, yang bernama Salwa. Setiap kali terdengar letupan, Salwa tidak menangis tetapi sebaliknya akan ketawa terbahak-bahak. Ini kerana bapanya sudah mengubah pemahamannya mengenai letupan tersebut dengan menjadikan serangan udara itu seakan-akan satu permainan.
Meskipun gelak-ketawa si comel ini sangat mengharukan, ia adalah peringatan yang memilukan berkenaan keadaan hidup yang menakutkan dijalani warga Syria saban hari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.