Gambar Pilihan Hari Ini
Tetap tidak lekang daripada pengunjung. Begitulah suasana di kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa di kota lama Baitulmakdis pada Jumaat (6 Mac).
(Gambar: Ahmad GHARABLI/AFP)
BERITAmediacorp: Tetap tidak lekang daripada pengunjung. Begitulah suasana di kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa di kota lama Baitulmakdis pada Jumaat (6 Mac).
Ini meskipun setelah Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan keadaan darurat 30 hari pada hari sebelumnya menyusuli tujuh penemuan kes baru virus korona COVID-19 di Baitulaham.
Gambar dipetik dalam pekarangan Masjid Al-Aqsa, tapak ketiga paling suci bagi umat Islam ini menunjukkan orang ramai bersedia untuk menunaikan solat Jumaat seperti biasa.
Namun menurut jurugambarnya, ruang terbuka yang lapang di luar masjid tidak begitu sesak seperti lazimnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.