Gambar Pilihan Hari Ini
Kambing biri-biri sebagai tanda hormat buat anggota keluarga yang gugur.

(Gambar: Ben Jackson menerusi Facebook/K Love Radio)
BERITAmediacorp: Sekatan perjalanan COVID-19 menjejas ramai penduduk dunia, sehinggakan ada yang tidak dapat bertemu dengan orang-orang tersayang buat kali terakhir sebelum mereka meninggal dunia. Ben Jackson, seorang penternak di Brisbane, Australia, juga tidak terkecuali.
Gambar Pilihan Hari Ini adalah petikan gambar dari sebuah dron yang menunjukkan kambing biri-birinya di padang dalam bentuk hati.
Cetusan idea yang tular online ini adalah penghormatan terakhir Jackson kepada makciknya di New South Wales yang baru-baru ini meninggal dunia akibat barah.
"Saya rasa tidak dapat berbuat apa-apa (akibat sekatan perjalanan)... Jadi saya memutuskan untuk melukis hati yang besar ini, yang sejujurnya, agak kerdil berbanding baik budi makcik saya," kongsinya kepada BBC.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.