Gambar Pilihan Hari Ini
Selain jelas membawa bahaya pada kesihatan, virus korona COVID-19 juga membawa kesan ke atas pelbagai aspek kehidupan seharian. Antara yang terjejas adalah para peniaga, terutamanya di negara atau kawasan yang dikenakan sekatan pergerakan.
(Gambar: Ina FASSBENDER / AFP)
BERITAmediacorp: Selain jelas membawa bahaya pada kesihatan, virus korona COVID-19 juga membawa kesan ke atas pelbagai aspek kehidupan seharian. Antara yang terjejas adalah para peniaga, terutamanya di negara atau kawasan yang dikenakan sekatan pergerakan.
Namun bagaimana pula jika seseorang dapat menjadikan keprihatinan yang memang diketahui umum itu idea untuk menarik perhatian terhadap perniagaannya? Itu yang berjaya dilakukan seorang pembuat kek warga Jerman yang karyanya dipetik dalam Gambar Pilihan Hari Ini.
Mengambil iras segulung kertas tandas, kek marble dengan hiasan fondan itu menjadi laris dengan sekitar 200 kek dijual setiap hari di kedai yang terletak di Dortmund itu. Menurut pemilik kedai kek Tim Korteum: "Semua pelanggan tergila-gilakan kek ini."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.