Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Dengan sesetengah penduduk ingkar dan enggan melaksanakan tanggungjawab sosial, taktik kreatif dan yang menarik perhatian mula digunakan menggesa mereka patuh perintah kawalan pergerakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Media sosial)

Diterbitkan : 02 Apr 2020 03:15PM Dikemas Kini : 02 Apr 2020 03:29PM

BERITAmediacorp: Bermacam-macam percubaan dilakukan pelbagai pihak untuk memastikan orang ramai mematuhi arahan pemerintah dalam usaha membendung COVID-19. Dengan sesetengah penduduk ingkar dan enggan melaksanakan tanggungjawab sosial, taktik kreatif dan yang menarik perhatian mula digunakan.

Gambar Pilihan Hari Ini memetik kain rentang memaparkan mesej ringkas sambil menyindir: 'Duduk di rumah atau ke rahmatullah? Pilih!'. Kain rentang sebegitu dilaporkan dipasang oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) di sekitar Permatang Pauh, ditujukan kepada para penduduk yang ingkar pada Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan Malaysia untuk memutuskan rantaian jangkitan.

Sejak mula dilaksanakan dan kini memasuki fasa kedua, agensi-agensi media melaporkan masih ada sebilangan penduduk yang enggan bekerjasama. Lantaran itu, tidak hairanlah jika mesej yang ditujukan kepada mereka sinis dan tegas, semuanya demi kemaslahatan masyarakat.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan