Gambar Pilihan Hari Ini
Umat Islam di seluruh dunia akan menjalankan ibadah puasa di tengah-tengah wabak COVID-19 menjadikan Ramadan tahun ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.
(Gambar: AFP)
BERITAmediacorp: Umat Islam di seluruh dunia akan menjalankan ibadah puasa di tengah-tengah wabak COVID-19 menjadikan Ramadan tahun ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.
Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan seorang ulama dari Iraq memakai pelitup muka, sedang melihat anak bulan yang akan menandakan permulaan bulan Ramadan.
Umat Islam akan menyambutnya dengan suasana norma baru, samada di Timur Tengah mahupun pelosok dunia lain.
Di rantau Asia Tenggara misalnya bazar Ramadan akan digantikan dengan e-bazar dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.
Selain itu, tahun ini juga tiada solat tarawih berjemaah diadakan di surau atau masjid sebagai sebahagian daripada usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.