Gambar Pilihan Hari Ini
Ramai pasti pernah terdengar tentang fenomena 'supermoon'. Ia merujuk kepada kejadian alam apabila bulan berada pada kedudukan jarak agak dekat dengan bumi semasa bulan mengambang, lantas kelihatan lebih besar dan terang daripada biasa.
(Gambar: DANIEL CASTELLANO/AFP)
BERITAmediacorp: Ramai pasti pernah terdengar tentang fenomena 'supermoon'. Ia merujuk kepada kejadian alam apabila bulan berada pada kedudukan jarak agak dekat dengan bumi semasa bulan mengambang, lantas kelihatan lebih besar dan terang daripada biasa.
Gambar Pilihan Hari Ini merakam fenomena ini seperti dilihat dari Curitiba, Brazil pada 7 Mei 2020. Supermoon kali ini juga digelar The Flower Supermoon, atau Supermoon Bunga, kerana ia berlaku serentak dengan musim bunga.
Menurut laman seperti Space.com dan Forbes, bulan mengambang pada 7 Mei juga merupakan supermoon terakhir bagi tahun ini. Ia membawa sedikit keceriaan sedang banyak negara di dunia masih berusaha mengatasi krisis COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.