Gambar Pilihan Hari Ini
Sebuah kafe di Jerman meraikan pembukaan semula kafe itu setelah diperintah agar ditutup disebabkan oleh COVID-19, dengan mengagihkan topi 'istimewa' ini bagi memastikan para pelanggannya terus mematuhi jarak selamat dan menjarakkan diri antara satu sama lain.
BERITAmediacorp: Sebuah kafe di Jerman meraikan pembukaan semula kafe itu setelah diperintah agar ditutup disebabkan oleh COVID-19, dengan mengagihkan topi 'istimewa' ini bagi memastikan para pelanggannya terus mematuhi jarak selamat dan menjarakkan diri antara satu sama lain.
Sedang para pelanggan kafe itu menikmati cuaca yang nyaman, kafe tersebut masih berpegang kepada amalan: "Jaga jarak selamat."
Daripada menampal pelekat di lantai dan skrin untuk menjarakkan para pelanggan, pemilik kafe itu sebaliknya mengagihkan topi istimewa ini untuk menjaga jarak selamat antara satu sama lain.
Bagi meraikan acara pembukaan semula kafe itu, pemiliknya Cik Jacqueline Rothe memuat naik gambar ke laman Facebook kafenya yang menunjukkan para pelanggan memakai topi unik tersebut.
"Ia adalah senda gurau yang sempurna dan sudah tentunya amat melucukan dan para pelanggan kami amat menyukainya. Namun apa yang ia menunjukkan kepada kita adalah betapa sukarnya untuk menjaga jarak selamat 1.5 meter," kata Cik Rothe.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.