Skip to main content

Iklan

Iklan

Firma di hab pengilangan China gantung operasi di tengah-tengah penularan COVID-19

Beberapa syarikat di bawah salah satu hab pengilangan terbesar di China sudah menggantung operasi sejak pihak berkuasa cuba untuk membendung penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Firma di hab pengilangan China gantung operasi di tengah-tengah penularan COVID-19

Seorang lelaki menjalani ujian Covid-19 di Nanjing, China pada 8 Disember 2021. (Gambar fail: STR / AFP)

Diterbitkan : 14 Dec 2021 03:57PM Dikemas Kini : 14 Dec 2021 04:07PM

SHANGHAI: Beberapa syarikat di bawah salah satu hab pengilangan terbesar di China sudah menggantung operasi sejak pihak berkuasa cuba untuk membendung penularan COVID-19.

Ini sekali gus menghentikan pengilangan barangan dari bateri, pewarna tekstil dan plastik.

Penularan koronavirus menjejas kegiatan-kegiatan di beberapa daerah di Zhejiang, iaitu wilayah timur dengan sektor perindustrian yang besar, di mana kebanyakan barangan dihasilkan untuk eksport.

Sekurang-kurangnya 20 syarikat di Zhejiang terpaksa menghentikan operasi, sedang puluhan ribu rakyat dikuarantin, sebahagian penerbangan domestik digantung dan beberapa acara sukan dibatalkan.

Pihak berkuasa kesihatan berkata pada hujung minggu lalu bahawa penularan virus di tiga bandar Zhejiang, iaitu Ningbo, Shaoxing dan Hangzhou menular dengan "agak pantas".

Wilayah itu melaporkan 44 kes dalam masyarakat dengan gejala positif yang disahkan pada 13 Disember, menurut data rasmi hari ini (14 Dis). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 217 sekitar seminggu selepas kes pertama dilaporkan pada 6 Disember.

Sebelum penularan itu, wilayah tersebut melaporkan hanya satu kes tahun ini.

Zhejiang Mustang Battery Co Ltd, Guobang Pharma Ltd dan pembuat pewarna tekstil Zhejiang Runtu Co Ltd adalah antara syarikat yang hari ini melaporkan pengantungan operasi.

Ningo-based Mustang Battery menyatakan pihaknya menjangkakan penularan itu akan dapat dikawal dalam masa terdekat.

Pengantunggan operasi merupakan langkah sementara yang "tidak akan menimbulkan kesan negatif jangka panjang terhadap pertumbuhan syariikat itu".

Zhejiang Runtu menyatakan semua unitnya di
Zon Pembangunan Ekonomi Zhejiang Shangyu, yang menyumbang 95 peratus kepada pendapatan syarikat, sudah digantung operasinya sejak 9 Disember lalu dan ia menjangkakan kesan negatif ke atas pertumbuhan suku keempat.

Ia menyertai syarikat Ningbo Homelink Eco-Itech Co Ltd, Zhejiang Zhongxin Fluoride Materials Co Ltd, Zhejiang Jingsheng Mechanical & Electrical Co Ltd and Zhejiang Fenglong Electric Co Ltd.

Syarikat itu menyatakan ia menggantung operasi selepas pemerintah di daerah Ningbo dan Shaoxing menyekat semua pengeluaran kecuali pengilangan penting.

Perintah itu meliputi semua syarikat di daerah yang terjejas. Namun hanya firma-firma yang disenaraikan diwajibkan mendedahkan sebarang kesan ke atas perniagaannya.

Lebih 50,000 rakyat sudah dikuarantin di kemudahan-kemudahan pusat di merata wilayah pantai dengan seramai 64.4 juta penduduk manakala hampir setengah juta orang lagi masih dipantau.  

Sumber : Reuters/FA/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan