EU percepat pelancaran dos vaksin Pfizer-BioNTech bagi budak kecil kepada 13 Dis
Program suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bagi kanak-kanak berusia antara lima dengan 11 tahun di merata Kesatuan Eropah (EU) akan bermula pada 13 Disember, seminggu lebih awal daripada yang dirancangkan, menurut Kementerian Kesihatan Jerman pada Rabu (1 Dis).
Vaksin Pfizer-BioNTech. (Gambar: Jeremy Long)
FRANKFURT: Program suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bagi kanak-kanak berusia antara lima dengan 11 tahun di merata Kesatuan Eropah (EU) akan bermula pada 13 Disember, seminggu lebih awal daripada yang dirancangkan, menurut Kementerian Kesihatan Jerman pada Rabu (1 Dis).
Jerman dijangka menerima 2.4 juta dos bagi kegunaan untuk rejimen dua dos, menurut kementerian itu seperti dipetik Reuters.
Kementerian itu menambah ia diberi jaminan akan menerima bekalan vaksin itu daripada syarikat pengeluar.
"Memandangkan keadaan pandemik sekarang, ini adalah berita baik bagi ibu bapa dan kanak-kanak. Ramai yang menantikan berita ini," kata pemangku menteri kesihatan Jens Spahn dalam kenyataan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.