Skip to main content

Iklan

Iklan

EKSKLUSIF: 13 Soalan Bersama… Biduanita Siti Nurhaliza

Jika selalunya kami bertanyakan ‘5 Soalan' cepu emas bagi wawancara santai bersama seseorang personaliti atau artis, kali ini dalam temu bual eksklusif bersama Biduanita Siti Nurhaliza, kami ‘hadiahkan’ beliau dengan 13 soalan.

Anggaran Waktu Membaca:
EKSKLUSIF: 13 Soalan Bersama… Biduanita Siti Nurhaliza

Datuk Seri Siti Nurhaliza. (Gambar: Instagram/Siti Nurhaliza)

BERITAmediacorp: Jika selalunya kami bertanyakan ‘5 Soalan' cepu emas bagi wawancara santai bersama seseorang personaliti atau artis, kali ini dalam temu bual eksklusif bersama Biduanita Siti Nurhaliza, kami ‘hadiahkan’ beliau dengan 13 soalan yang mungkin tidak beliau jangkakan.

Hasilnya cukup menghiburkan. Siti begitu ‘sporting' menjawab semua soalan kami, walaupun ada yang mungkin ‘aneh’ dan menguji minda beliau untuk menjawab secara spontan.

Bagaimana agaknya kalau gaya Siti Nurhaliza jika beliau seorang anggota polis? Siti juga dedahkan tabiat ‘pelik' beliau yang mungkin ramai tidak tahu. Sempat juga Siti merayu-merayu. Tapi kenapa?

Wartawan Nurulkhasanah Agost mendapatkan jawapan-jawapannya (ada yang cukup mencuit hati) semasa bertemu empat mata dengan penyanyi bersuara emas itu ketika beliau berada di Singapura baru-baru ini bagi menjayakan konsert jelajah ‘Siti Nurhaliza On Tour’.

(Gambar: Siti Nurhaliza/Facebook)

(Gambar: Siti Nurhaliza/Facebook)

SOALAN 1

KHASANAH: Apakah tiga lagu kegemaran Siti Nurhaliza?

SITI: Aku Cinta Padamu, Cindai dan Cahaya Cinta.

SOALAN 2

KHASANAH: Apakah makanan yang anda cari apabila tiba di Singapura?

SITI: Murtabak Singapura! (sambil menunjukkan cap jempol)

SOALAN 3

KHASANAH: Di manakah tempat kegemaran Siti di Singapura?

SITI: Pusat beli-belah di Paragon. (Beliau jawab sambil tertawa)

SOALAN 4

KHASANAH: Apakah perkara paling ‘pelik’ tentang Siti Nurhaliza yang orang tak tahu?

SITI: Saya suka, saya ‘gila’ pergi ke farmasi. Saya boleh duduk lama-lama, berjam-jam di farmasi tengok ubat dan vitamin.

SOALAN 5

KHASANAH: Jika Siti Nurhaliza seorang polis, bagaimana agaknya anda menahan suspek? Mungkin anda boleh gayakan sedikit.

SITI: Eh! Nak gayakan ke? Alah malulah saya! (ketawa) Ok! Kononlah ya…Minta maaf Encik, saya terpaksa tahan Encik kerana Encik ada buat kesilapan. Boleh ikut saya ke balai polis? (sambil tersenyum)

KHASANAH: Wah! Kalau begitu semua (suspek) nak ikut!

SITI: Wah! Naklah macam itu...Ya Allah! (ketawa)

(Gambar: Siti Nurhaliza/Facebook)

(Gambar: Siti Nurhaliza/Facebook)

SOALAN 6

KHASANAH: Apakah satu lagu Siti Nurhaliza yang meninggalkan kesan paling besar dalam diri Siti Nurhaliza sendiri?

SITI: Lagu...(Siti mula menyanyi) Ting Ting Tang Ting Tara Ting Ti Keting Tang Ting...Lagu anak.

SOALAN 7

KHASANAH: Apakah perkara yang Siti tidak sukakan?

SITI: Tidak sukakan...apa ya? OK! Tiba-tiba tanya, terkejut tau. (seloroh) Saya tidak suka kalau orang ambil barang saya tidak meminta izin dan meletakkannya di tempat lain. Saya (juga) tidak sukakan orang yang tidak kenal tetapi membuat tanggapan buruk sebelum kenal dengan seseorang.

SOALAN 8

KHASANAH: Bagaimanakah Siti Nurhaliza sebagai seorang ibu?

SITI: Saya seorang ibu yang masih lagi belajar untuk menjadi seorang ibu yang terbaik. Alhamdulillah saya akan cuba menyayangi anak saya dan menjaga dia dengan terbaik.

(Gambar: Siti Nurhaliza/Facebook)

(Gambar: Siti Nurhaliza/Facebook)

SOALAN 9

KHASANAH: Siti ‘Aafiyah sudah pandai apa?

SITI: Oh! Banyak dia dan pandai. Dia dah pandai merangkak. Sudah mula hendak berdiri. Sudah pandai menyanyi!

SOALAN 10

KHASANAH: Siti Nurhaliza sudah dikenali di banyak negara. Jadi negara mana lagi yang ingin anda tawan?

SITI: Impian saya sangat besar. Kalau boleh di negara Eropah pulalah.

SOALAN 11

KHASANAH: Duet impian Siti Nurhaliza adalah dengan…

SITI: Celine Dion! (ini adalah penyanyi yang amat digemari Siti) Tolonglah! Tolonglah! (merayu sambil tertawa)

(Gambar: Siti Nurhaliza/Facebook)

(Gambar: Siti Nurhaliza/Facebook)

SOALAN 12

KHASANAH: 10 tahun dari sekarang, Siti Nurhaliza akan…

SITI: 10 tahun umur saya...50 tahun. Saya harap saya akan dapat berbakti kepada industri muzik. Kalau (sekiranya) saya pencen, saya masih dapat mencipta lagu, Saya dapat beri sumbangan kepada industri dan saya jadi usahawan yang berjaya dan berjaya.

SOALAN 13

KHASANAH: Bila peminat boleh menjangkakan album seterusnya daripada Siti?

SITI: Insya Allah tahun depan mungkin. Kalau nak albumlah. Tapi kalau ‘single’ lepas Raya.  

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan