Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zuraida undur dari Bersatu; bakal bertemu PM Ismail Sabri bincang peletakan jawatan Kabinet

Anggaran Waktu Membaca:
Zuraida undur dari Bersatu; bakal bertemu PM Ismail Sabri bincang peletakan jawatan Kabinet

Gambar: Facebook/Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin pada Khamis (26 Mei) mengumumkan beliau menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) kerana percaya dengan perjuangan parti itu dan enam prinsip terasnya. 

Cik Zuraida, yang sebelum ini merupakan ahli Bersatu, berkata enam prinsip itu adalah keterlibatan pelbagai kaum, pemberdayaan wanita, pemerkasaan anak muda, pembangunan ekonomi, peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai ciri-ciri untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Berikutan itu, Cik Zuraida berkata beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatannya selaku Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. 

"Saya juga akan berbincang tentang peranan dan hala tuju PBM demi mengukuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri.

"Alhamdulillah, pendirian saya selaku Ahli Parlimen Ampang menyokong kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri adalah selari dengan pendirian PBM," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Selain berterima kasih kepada Encik Ismail Sabri, Cik Zuraida turut merakamkan ucapan sama kepada dua manta Perdana Menteri Malaysia iaitu Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin atas kepercayaan mereka untuk melantik beliau sebagai menteri Kabinet.

Cik Zuraida dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018 oleh Dr Mahathir dan diantik semula untuk memegang jawatan sama semasa pentadbiran Encik Muhyiddin.

Beliau dilantik ke portfolio Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas Encik Ismail Sabri memegang jawatan nombor satu negara.   

Cik Zuraida kini berada di Turki bagi menghadiri Persidangan Perintis Ketujuh Gabungan Wanita Global untuk Al-Quds dan Palestin sebelum berangkat ke Athens, Greece, bagi memenuhi undangan Misi Perniagaan dan Pengembangan Pasaran Kayu Malaysia sebelum kembali ke tanah air pada 2 Jun nanti.

PBM, yang didaftarkan pada 27 Oktober 2021, diasaskan oleh Mohamad Sukri Yusri - yang juga presiden pertamanya - dan beberapa ahli politik lain selepas mengambil alih Parti Pekerja Sarawak (SWP).

Kini jawatan presiden parti itu disandang oleh Ahli Parlimen Julau Larry Sng.
Sumber : Bernama/FZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan