"Zoo Johor perlu jadi antara lokasi pelancongan baru di Johor" - Sultan Ibrahim
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Facebook/The Royal Johor
JOHOR BAHRU: Zoo Johor di Jalan Gertak Merah, yang berusia hampir 95 tahun, bakal berwajah baru dengan kerja-kerja menaik taraf dilakukan dalam masa terdekat.
Menurut Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Zoo Johor yang merupakan zoo tertua di Malaysia, perlu menjadi antara lokasi pelancongan baru di negeri itu sekali gus menarik pengunjung dari dalam dan luar negara.
Tambahnya lagi, Zoo Johor adalah hasil sumbangan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar pada waktu itu dan merupakan zoo yang tertua di negara itu.
“Kerajaan negeri perlu menitikberatkan pelbagai perkara ketika kerja-kerja membaik pulih dijalankan antaranya melibatkan sistem pengaliran, penempatan haiwan, harga tiket dan pelbagai lagi dalam menarik kehadiran pengunjung.
“Ia perlu menjadi antara lokasi pelancongan baru di Johor yang mampu menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negara,” titahnya dalam satu kenyataan dikeluarkan Royal Press Office (RPO) di Facebook rasmi beliau pada Ahad (12 Feb).
Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika menerima mengadap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Mohd Jafni Md Shukor yang mempersembahkan cadangan kerja-kerja menaik taraf Zoo Johor kepada beliau pada Ahad.
Zoo berkenaan dibuka pada 1928 dan ketika itu ia dinamakan sebagai Kebun Binatang.
Sementara itu, Encik Mohd Jafni berkata zoo tersebut dijangka beroperasi semula pada akhir tahun ini setelah kerja-kerja menaik taraf dilakukan.
“Harga tiket ketika ini adalah RM2 (S$0.61) bagi dewasa dan RM1 (S$0.31) kanak-kanak. Kita juga akan mengkaji semula harga tiket, namun akan memastikan kadar baru itu tidak membebankan pengunjung serta lebih rendah berbanding zoo lain di negara ini,” katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM1 juta (S$306,700) setiap tahun melibatkan kos penyenggaraan, gaji kakitangan serta makanan untuk haiwan.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.