Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Zon tenang' disediakan di beberapa kedai pusat beli-belah; beri kelegaan kepada pengunjung

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tempoh senyap pada setiap Isnin dan Selasa mungkin akan menjadi satu norma di beberapa kedai di pusat beli-belah di Singapura.

Kedai-kedai tersebut akan memperuntukkan zon tenang pada waktu yang ditetapkan agar mereka yang mungkin terjejas oleh keadaan sibuk di pusat beli-belah, boleh mendapatkan pengalaman yang lebih selesa.

Cahaya di dalam kedai akan dimalapkan dan bunyi muzik akan diperlahankan, bagi memenuhi keperluan pengunjung dengan pelbagai keadaan mental serta golongan warga emas.

Ia adalah sebahagian daripada satu program baru oleh Frasers Property Singapore untuk melakarkan lebih banyak ruang dan pengalaman yang inklusif bagi anggota masyarakat dengan pelbagai keperluan.

Mereka yang mengambil bahagian dalam program tersebut dipanggil 'Inclusion Champions' dan akan menjalani latihan inklusiviti selama enam jam setiap tahun.

Program latihan yang disesuaikan secara khusus itu akan meliputi amalan-amalan yang membawa kepada sikap inklusif kepada pelanggan, yang diterajui oleh SG Enable, dan latihan responder pertama untuk menyokong individu yang mengalami demensia dan pengunjung yang mengalami spektrum demensia, menurut pengendali peruncit itu dalam satu kenyataan media pada Jumaat (26 Mei).

LATIHAN DISEDIAKAN

Latihan tersebut, yang akan disediakan kepada pekerja barisan hadapan di pusat beli-belah Frasers Property Singapore dan pekerja-pekerja penyewanya, akan dikendalikan oleh Dementia Singapore dan Pusat Autisme St Andrews.

Antara penyewa kedai di pusat beli-belah tersebut yang sudah mengikrarkan sokongan mereka dengan menggalas peranan sebagai “inclusion champions” buat julung-julung kalinya termasuk Better Vision, Cathay Cineplexes, EC House, Eu Yan Sang, Golden Village, Metro, OSIM, Scoop Wholefoods, Shaw Theatres dan Toys"R"Us.


INISIATIF 'PAINT IT FORWARD'

Pengendali pusat beli-belah tersebut juga akan menawarkan sesi 'art jamming' percuma untuk orang awam sebagai sebahagian daripada inisiatif 'Paint It Forward'. Setiap peserta akan menerima kit 'Paint It Forward' yang mengandungi kanvas yang diilhamkan daripada seni yang dicipta oleh mereka yang kurang upaya.

Bagi setiap peserta yang mengambil bahagian, Fraser Property Singapore akan menyumbang S$10 kepada Dana Upaya Goh Chok Tong.


Mereka yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyumbang daya kreativiti mereka, boleh mengambil bahagian dalam sesi-sesi yang dikendalikan sehingga 25 Jun di 10 pusat beli-belah di bawah naungan Frasers Property, termasuk Pusat Beli-belah Hougang, Causeway Point dan Changi City Point.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan