Zon kewangan khas diwujudkan di Forest City, Johor; satu rangsangan bagi firma di SG dan Malaysia namun cabaran menanti
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Country Garden Malaysia)
ISKANDAR PUTERI: Rancangan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim untuk menetapkan Forest City, Johor sebagai zon kewangan khas boleh menjadi rangsangan kepada kerjasama perniagaan Singapura-Malaysia - jika ia dapat mengatasi pelbagai halangan yang dihadapi, kata pemimpin industri.
Mereka berkata zon sedemikian akan menarik firma Singapura disebabkan kos tenaga dan tanah yang lebih rendah. Ia juga memberi manfaat kepada perniagaan Malaysia melalui kerjasama dan perkongsian pengetahuan.
Ini walaupun kumpulan itu turut menyebut cabaran seperti iklim politik yang tetap bergolak dan sokongan daripada kedua-dua pemerintah.
Encik Anwar menggariskan insentif perniagaan untuk menubuhkan operasi di Forest City termasuk kadar cukai pendapatan khas sebanyak 15 peratus untuk pekerja asing mahir berbanding 30 peratus di tempat lain, visa kemasukan berbilang serta kemasukan pantas bagi mereka yang berpangkalan di Singapura, tanpa memberi butirannya.
"Saya yakin ini akan menarik banyak syarikat yang mengalami kos operasi yang tinggi di Singapura," kata Encik Anwar ketika berucap pada Jelajah Belanjawan 2024 Johor dan majlis dialog, pada Jumaat (25 Ogos).
Komen Encik Anwar itu dibuat di tengah-tengah pelbagai laporan media yang melabelkan projek itu sebagai "bandar hantu" merujuk kepada rentak pembinaan yang perlahan dan kadar penghunian yang rendah untuk hartanah kediamannya.
Menurut pemaju projek Country Garden Malaysia, setakat Ogos, pembangunan Forest City telah siap 15 peratus secara keseluruhan selepas lapan tahun kerja-kerja binaan dimulakan.
Hanya 9,000 orang kini tinggal di Forest City walaupun projek itu mempunyai 28,000 unit kediaman yang siap setakat ini.

TALIAN BANTUAN KEPADA FIRMA DI SINGAPURA DAN MALAYSIA
Meskipun demikian, di sebalik liputan negatif pihak media, pemimpin perniagaan dari kedua-dua belah Koswe memuji langkah untuk membuka zon kewangan khas (SFZ) di Forest City sebagai berpotensi memanfaatkan semua pihak.
Encik Melvin Tan, naib presiden dan pengerusi setiausaha kehormat Persekutuan Pengilangan Singapura (SMF), memberitahu Mediacorp bahawa langkah itu akan memberi manfaat kepada syarikat Singapura yang menghadapi cabaran seperti peningkatan kos ruang tanah dan bekalan tenaga kuasa.
"Singapura menghadapi masalah ruang untuk banyak perniagaan tradisional atau lebih kecil ... banyak pengilang tidak dapat mengekalkan operasi di Singapura kerana kos tanah, buruh dan infrastruktur," kata Encik Tan, yang merupakan pengarah urusan firma kejuruteraan Cyclect Kumpulan.

Beliau menambah bahawa membuka zon ekonomi dengan kos tanah yang lebih murah di Johor dengan kos elektrik dan air lebih rendah, boleh memberikan talian bantuan kepada beberapa syarikat ini.
"Jika mereka tidak mampu untuk menyewa tanah di Singapura, syarikat-syarikat ini ada dua pilihan: mencari tapak alternatif di luar Singapura atau terpaksa ditutup," kata Encik Tan.
Bagi firma Malaysia, SFZ itu akan menggalakkan lebih banyak kerjasama dengan syarikat Singapura. Presiden Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Johor Bahru, Low Kueck Shin berkata ia juga akan memberi manfaat kepada sektor runcit, makanan dan minuman serta industri perhotelan di negeri selatan itu.
Projek Iskandar Malaysia yang dilakarkan pada 2006 bertujuan untuk mengubah wilayah Johor Selatan.
Laporan media menggelar wilayah itu sebagai Shenzhen Malaysia dan mantan Perdana Menteri Najib Razak pernah menggembar-gemburkannya sebagai New Jersey melengkapi Singapura yang dianggap sebagai Manhattan.
Profesor ekonomi Dr Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway Malaysia berkata, penamaan semula Forest City sebagai SFZ, yang disertakan dengan insentif fiskal dan kewangan untuk menarik firma antarabangsa, juga akan menggalakkan rakyat Johor yang kini bekerja di Singapura untuk mempertimbangkan mencari pekerjaan di negeri sendiri.
“Ia merupakan inisiatif dasar yang inovatif bukan sahaja untuk merancakkan pembangunan Forest City tetapi juga untuk meningkatkan ekonomi negeri memandangkan bilangan besar rakyat Malaysia berulang-alik untuk bekerja di Singapura,” kata Dr Yeah.
ADAKAH SFZ FOREST CITY AKAN TERIMA PADAH SEPERTI ZON EKONOMI SEBELUM INI?
Pemain industri juga tidak pasti sama ada visi SFZ di Forest City akan menjadi kenyataan, memandangkan projek serupa pada masa lalu sama ada kurang mencatat prestasi yang diinginkan atau tidak menjadi kenyataan.
Projek itu juga memerlukan sokongan kerajaan Malaysia dan pemerintah Singapura, serta pemaju Forest City, Country Garden Malaysia, tambah mereka.
Pada Julai, berikutan mesyuarat ke-16 Jawatankuasa Menteri Bersama Malaysia-Singapura bagi Iskandar Malaysia (JMCIM), kedua-dua negara mengumumkan bahawa pasukan petugas akan ditubuhkan untuk mengkaji penubuhan zon ekonomi khas di Johor, tanpa memberikan butiran lanjut.
Menteri Pembangunan Negara Singapura Desmond Lee memberitahu pemberita bahawa idea mewujudkan zon ekonomi khas akan membawa "banyak faedah" kepada rakyat di Singapura, Malaysia dan Johor.

Dalam pengumumannya Jumaat lalu, Encik Anwar tidak menyatakan sama ada SFZ di Forest City merujuk kepada zon ekonomi tersebut yang dibincangkan Singapura dan Malaysia.
Mediacorp telah menghubungi Kementerian Pembangunan Negara Singapura serta Kementerian Ekonomi Malaysia sama ada zon khas yang dibangkitkan semasa JMCIM akan ditempatkan di projek Forest City, dan jika ya, sama ada terdapat garis masa bila zon itu akan dibangunkan dan disiapkan.
Encik Low dari JBCCI berkata projek itu akan hanya dapat dilancarkan jika ia disokong oleh kedua-dua kerajaan persekutuan.
Beliau berkata zon ekonomi khas yang sama telah ditubuhkan pada 2009 oleh perdana menteri ketika itu Najib Razak di Terengganu dan Pahang untuk menarik pelaburan China ke pantai timur semenanjung Malaysia.
Kawasan itu dipanggil Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Koridor Timur (ECER SEZ).
Encik Najib kemudian berkata bahawa kawasan 140 kilometer kali 25 kilometer akan mewujudkan 220,000 pekerjaan menjelang 2020.
Zon itu mempunyai insentif khas seperti pengecualian cukai 10 tahun serta pengecualian duti import dan eksport.
Menurut laporan media zon itu mempunyai taman perindustrian untuk pembuatan automotif serta industri produk halal.
Bagaimanapun, belum ada pengesahan daripada kerajaan Malaysia sama ada zon itu telah mencapai sasaran yang ditetapkan menjelang 2020.
“Daripada apa yang saya dengar daripada rakan perniagaan saya di pantai timur, zon ini tidak membawa faedah kepada masyarakat perniagaan tempatan, dan banyak firma asing juga telah berpindah,” katanya.
Ahli ekonomi Walter Theseira dari Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) berkata bahawa konsep zon kewangan atau pembangunan khas di Malaysia untuk memanfaatkan kedudukan rapat dengan Singapura, bukanlah perkara baharu.
Beliau memberi contoh bagaimana segitiga pertumbuhan Sijori, yang terdiri daripada kerjasama ekonomi antara Singapura, Johor dan kepulauan Riau, pertama kali diumumkan pada 1989, dan faedahnya tidak sekata.
Prof Madya Theseira menambah bahawa walaupun terdapat beberapa bukti bahawa usaha rentas sempadan ini telah membawa kepada pertumbuhan yang saling melengkapi, beliau menegaskan terdapat kebimbangan bahawa pertumbuhan itu tidak mencukupi dalam "sektor nilai tambah tinggi" bagi ekonomi serantau Indonesia dan Malaysia.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, jurucakap Country Garden Malaysia menyatakan ia mengalu-alukan pengumuman Encik Anwar bahawa SFZ akan diwujudkan di Forest City kerana ia akan "merangsang pelaburan dan pertumbuhan ekonomi di Johor", khususnya dalam sektor penjagaan kesihatan, pendidikan dan pelancongan.
Country Garden juga berkata syarikat subsidiarinya di Malaysia berada dalam kedudukan kewangan yang kukuh: “Sehingga kini, operasi keseluruhan rantau ini adalah selamat dan stabil. Projek syarikat kami di Malaysia beroperasi seperti biasa dan prestasi jualan adalah kukuh.”
Namun, Prof Madya Theseira berkata adalah mustahil untuk menilai secara konklusif sama ada masalah kewangan Country Garden Holdings di China mempunyai sebarang kesan limpahan ke atas syarikat subsidiarinya di Singapura kerana tiada maklumat yang tersedia secara terbuka mengenai kewangan cabang pembangunan Country Garden di Malaysia”.
Prof Madya Theseira menambah bahawa mungkin sukar bagi Forest City untuk menukar daripada sebuah projek kediaman yang sebahagian besarnya disasarkan kepada pelabur China menjadi zon kewangan untuk firma Singapura.
"Pembangunan Forest City mempunyai cabarannya tersendiri," kata beliau. “Ia nampaknya bergantung kepada pelaburan dan penduduk dari tanah besar China, dan oleh itu, mungkin atau mungkin tidak sesuai dengan keperluan perumahan pekerja di SFZ.”

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.