Zon Ekonomi Khas Johor-SG pikat syarikat mahukan ruang, kos lebih rendah di tengah ketidaktentuan global
Lebih banyak syarikat Singapura kini menubuhkan operasi di seberang Tambak, didorong oleh kos lebih rendah, ruang lebih luas serta insentif di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang baharu.
Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Lebih banyak syarikat Singapura kini menubuhkan operasi di seberang Tambak, didorong oleh kos lebih rendah, ruang lebih luas serta insentif di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang baharu.
Ini berlaku di tengah-tengah ketegangan antara Amerika Syarikat dengan China yang mendorong syarikat-syarikat untuk menilai semula rantaian bekalan serta mempelbagaikan operasi mereka.
Pelaburan awal ke dalam JS-SEZ merangkumi pusat-pusat data dan industri berteknologi tinggi yang lain, manakala perusahaan kecil dan sederhana (SME) turut meneroka negeri Malaysia itu sebagai pangkalan kedua bagi operasi Singapura mereka.
PELBAGAI INDUSTRI BERPINDAH MASUK
Emplifi, sebuah hab kerja bersama yang dilancarkan hanya tiga bulan lalu, merupakan antara pembangunan terbaharu yang memenuhi permintaan tersebut.
Terletak di daerah Taman Pelangi, Johor Bahru, ia menawarkan ruang kerja pada kadar RM330 (S$104.61) bagi setiap tempat duduk.
Sekitar sepertiga daripada 66 tempat duduknya kini digunakan oleh syarikat Singapura yang menubuhkan operasi di seberang Tambak.
Kemudahan seluas 2,300 kaki persegi itu dikendalikan oleh syarikat sumber manusia berpangkalan di Singapura, Emplifi, yang merancang untuk menyewa ruang pejabat tambahan bagi menambah kira-kira 130 tempat duduk lagi dalam masa beberapa bulan akan datang.
Syarikat itu juga menyokong perniagaan dalam mendapatkan bakat dari Malaysia.
“Jika mereka memerlukan kakitangan, dan jika kami dapat mencari individu yang sesuai, maka mereka akan masuk melalui pelibatan kerja bersama … dalam bentuk aturan mengikut individu, meja atau tempat duduk,” kata pengasas syarikat itu, Juliet Tan.
Ia menarik minat daripada pelbagai sektor, termasuk khidmat karyawan seperti perakaunan, pengauditan dan pemasaran, tambah beliau.
INSENTIF, KERJASAMA TINGKATKAN DAYA TARIKAN JB
Para penganalisis berkata minat yang semakin meningkat itu didorong sebahagiannya oleh kerjasama kukuh antara Singapura dengan Malaysia.
Di bawah JS-SEZ, syarikat-syarikat boleh menikmati insentif seperti kadar cukai korporat keutamaan sebanyak lima peratus sehingga 15 tahun, di samping usaha untuk menyelaraskan peraturan dan mengurangkan birokrasi.
Walaupun banyak tumpuan diberikan kepada usaha berskala besar seperti pusat-pusat data dan sektor berteknologi tinggi seperti aeroangkasa, para pakar berkata zon itu turut menawarkan peluang kepada SME.
Encik Chong Yee Leong, rakan kongsi Allen & Gledhill dan syarikat sekutunya di Malaysia, Rahmat Lim & Partners, berkata kekangan ruang dan kos tanah yang tinggi di Singapura sejak sekian lama mendorong SME untuk mencari peluang di luar negara.
Johor Bahru yang terletak berdekatan dengan Singapura membolehkan syarikat-syarikat memindahkan operasi pengilangan masing-masing sambil mengekalkan pengawasan dari Singapura.
“Itulah satu bidang yang saya fikir, dalam jangka sederhana hingga panjang, mempunyai potensi besar untuk berkembang,” tambah Encik Chong.
RUANG UNTUK BERKEMBANG
Meliputi lebih 3,500 kilometer persegi – lebih empat kali ganda saiz Singapura – JS-SEZ menawarkan ruang untuk berkembang yang semakin sukar diperoleh di Singapura kerana kekurangan tanah.
Perbincangan juga sedang dijalankan untuk memperdalam integrasi ekonomi dengan Kepulauan Riau di Indonesia, termasuk Bintan, Batam dan Karimun, bagi meningkatkan lagi daya tarikan zon itu kepada para pelabur.
Para pakar berkata aspirasi jangka panjang seharusnya melangkaui Singapura, Malaysia dan Indonesia untuk merangkumi negara-negara Asia Tenggara yang lain.
Dengan Asia Tenggara diramalkan menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, mereka berkata JS-SEZ semakin menjadi satu peluang menarik bagi para pelabur.
Walaupun China kekal sebagai hab pengilangan global, ketegangan geopolitik yang semakin meruncing dengan Amerika Syarikat mendorong syarikat-syarikat memindahkan kilang mereka ke tempat lain, kata Encik Chong.
Beliau menambah: “Mereka mencari alternatif supaya dapat mempelbagaikan risiko dan memastikan rantaian bekalan yang lebih kukuh. Itulah yang menjadikan (SEZ) ini lebih menarik berbanding sebelumnya.”
SELAIN INSENTIF: APA YANG DIPERHATIKAN PARA PELABUR
Ahli ekonomi memberi peringatan bahawa insentif semata-mata tidak akan menentukan sama ada JS-SEZ akan menjadi pangkalan kedua yang berkekalan bagi syarikat-syarikat Singapura.
Pengarah eksekutif dan ketua penyelidikan UOB, Suan Teck Kin, berkata perniagaan akan meneliti dengan rapat faktor-faktor seperti kesinambungan dasar, kestabilan politik, bekalan tenaga kerja serta akses kepada sumber seperti elektrik dan air.
“Ini semua merupakan faktor yang sangat penting apabila perniagaan mempertimbangkan untuk melabur di sesebuah lokasi,” kata beliau dalam temu bual di rancangan Singapore Tonight terbitan CNA, sambil menambah keputusan sedemikian melibatkan komitmen modal jangka panjang, dan bukannya sekadar langkah penjimatan kos jangka pendek.
Memandang ke hadapan, Encik Suan berkata industri berteknologi tinggi yang berkaitan dengan kecerdasan buatan (AI) serta sektor elektrik dan elektronik Malaysia yang mapan berkemungkinan menyaksikan pertumbuhan lanjut, di samping pusat-pusat data.
Peranan negara itu dalam strategi “China plus one” – di mana syarikat-syarikat menambah sekurang-kurangnya satu lagi negara dalam operasi pengilangan mereka bagi mengelakkan kebergantungan sepenuhnya kepada China – meletakkannya dalam kedudukan yang menguntungkan untuk menyokong pasaran global, khususnya Amerika Syarikat.
Para pakar menambah bahawa mengekalkan kepastian perniagaan dan menunaikan komitmen pertumbuhan akan menjadi kunci untuk mengekalkan keyakinan para pelabur terhadap JS-SEZ.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.