Zohran Mamdani jadi Datuk Bandar Muslim pertama New York
Zohran Mamdani, seorang ahli politik berfahaman sosialis berusia 34 tahun, memenangi pilihan raya Datuk Bandar bagi New York pada Selasa (4 Nov), menandakan kebangkitannya yang mendadak daripada seorang penggubal undang-undang negeri yang kurang dikenali kepada salah satu tokoh Democrat yang paling menonjol di Amerika Syarikat.
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Zohran Mamdani, seorang ahli politik berfahaman sosialis berusia 34 tahun, memenangi pilihan raya Datuk Bandar bagi New York pada Selasa (4 Nov), menandakan kebangkitannya yang mendadak daripada seorang penggubal undang-undang negeri yang kurang dikenali kepada salah satu tokoh Democrat yang paling menonjol di Amerika Syarikat.
Encik Mamdani akan menjadi Datuk Bandar Muslim pertama bagi bandar terbesar di Amerika Syarikat itu.
Beliau mengalahkan mantan Gabenor Democrat, Andrew Cuomo, 67 tahun, yang bertanding sebagai calon bebas selepas kalah kepada Encik Mamdani dalam pemilihan utama parti.
Kempen tersebut menjadi medan pertembungan ideologi dan generasi yang berpotensi memberi kesan besar terhadap hala tuju Parti Democrat di peringkat nasional.
Di Virginia, calon Democrat Abigail Spanberger memenangi pilihan raya gabenor, menjadikannya wanita pertama dipilih untuk memegang jawatan tersebut.
Sementara itu di New Jersey, calon Democrat Mikie Sherrill turut memenangi persaingan untuk menjadi gabenor.
Tiga pilihan raya tersebut menjadi ujian penting bagi Parti Democrat yang kini bergelut untuk mencari arah baharu menjelang pilihan raya pertengahan penggal 2026, di mana kawalan terhadap Kongres bakal ditentukan.
Sejak kemenangan Presiden Donald Trump pada tahun lalu, parti tersebut kehilangan pengaruhnya di Washington dan masih mencari jalan keluar daripada kemelut politik semasa.
Ketiga-tiga calon Democrat memberi tumpuan kepada isu ekonomi, khususnya kos sara hidup.
Cik Spanberger, yang mengalahkan Timbalan Gabenor Republican Winsome Earle-Sears, akan menggantikan Gabenor Republican Glenn Youngkin.
Kedua-dua Cik Sherrill dan Cik Spanberger turut mengaitkan lawan mereka dengan Encik Trump dalam usaha untuk menarik undi daripada para pengundi Democrat dan bebas yang kecewa dengan sembilan bulan pertama pentadbiran Encik Trump yang penuh kekecohan.
“Kita telah memberi mesej kepada dunia bahawa pada 2025, Virginia memilih sesuatu yang praktikal berbanding perpecahan,” kata Cik Spanberger dalam ucapan kemenangannya.
“Kita memilih kestabilan berbanding kekacauan.”
Di beberapa pusat mengundi di Virginia, para pengundi menyatakan dasar Encik Trump yang paling kontroversial menjadi faktor utama undian mereka, termasuk dasar pengusirannya terhadap pendatang tanpa izin dan penetapam tarif tinggi ke atas barangan asing yang diimport yang sedang diteliti Mahkamah Agung Amerika Syarikat pada minggu ini.
RAMAI KELUAR UNTUK MENGUNDI
Di California, para pengundi pula menimbangkan sama ada mahu memberi kuasa kepada para penggubal undang-undang Democrat untuk melakar semula peta kongres negeri itu, memperluas lagi pertarungan negara mengenai persempadanan kawasan pilihan raya yang dapat menentukan parti mana yang akan menguasai Dewan Perwakilan selepas pilihan raya pertengahan penggal pada tahun depan.
Di New York City, lebih dua juta undi termasuk undian awal direkodkan, jumlah tertinggi bagi pilihan raya Datuk Bandar sejak 1969.
Jumlah undian awal di Virginia dan New Jersey juga melebihi pilihan raya sebelumnya pada 2021.
Di New York, Encik Mamdani mengemukakan dasar progresif yang bercita-cita tinggi, termasuk pembekuan sewaan bagi hampir sejuta apartmen dan menjadikan perkhidmatan bas bandar tersebut percuma.
Walaupun keputusan pada Selasa memberikan gambaran awal tentang sentimen pengundi Amerika, pilihan raya pertengahan masih setahun lagi — satu tempoh yang panjang dalam dunia politik.
“Tiada apa yang berlaku di Virginia atau New Jersey yang dapat meramalkan dengan tepat apa yang akan berlaku di kawasan kongres di Missouri atau perlumbaan Senat di Maine,” kata Douglas Heye, seorang ahli strategi Republican.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.