Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kuda belang ditangkap 3 jam setelah terlepas dari taman haiwan Seoul

Anggaran Waktu Membaca:
Kuda belang ditangkap 3 jam setelah terlepas dari taman haiwan Seoul

(Gambar: Yonhap)

Diterbitkan : 24 Mar 2023 04:34PM Dikemas Kini : 24 Mar 2023 05:41PM

SEOUL: Seekor kuda belang yang terlepas dari sebuah taman haiwan di Seoul pada Khamis (23 Mac), berjaya ditangkap di jalan raya ibu kota Korea Selatan itu setelah berkeliaran selama sekitar tiga jam, menurut para pegawai taman haiwan berkenaan dan pasukan bomba. 

Kuda belang itu dipercayai lolos dari taman haiwan Seoul Children's Grand Park di timur Seoul sekitar pukul 2.50 petang dan berkeliaran di kawasan kediaman berdekatan, lapor agensi berita Yonhap. 

Dilahirkan pada 2021 di taman haiwan yang sama, kuda belang yang diberi nama Sero itu, memecahkan pagar kayu yang dipasang mengelilingi kandangnya, tambah para pegawai. 

Para pegawai kemudian berjaya mengepung kuda belang itu menggunakan pagar keselamatan dan menyuntik haiwan tersebut dengan penenang otot astetik. Kuda belang itu dipulangkan kepada taman haiwan berkenaan sekitar pukul 6.10 petang. 

Tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan menyusuli insiden tersebut, menurut para pegawai.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan