Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zelenskyy tuduh tentera Rusia lakukan jenayah perang di Kherson

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Ahad (13 Nov) menuduh tentera Rusian melakukan jenayah perang dan membunuh orang awam di Kherson, bandar yang dirampas semula tentera Ukraine minggu lalu selepas pasukan Rusia mengundurkan diri.

Anggaran Waktu Membaca:
 Zelenskyy tuduh tentera Rusia lakukan jenayah perang di Kherson

Tentera Rusia berkumpul di sebelah trak mereka semasa satu perhimpunan menentang pendudukan Rsuai di Dataran Svobody di Kherson, Ukraine, pada 7 Mac 2022. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 14 Nov 2022 08:15AM Dikemas Kini : 14 Nov 2022 08:15AM
KHERSON: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Ahad (13 Nov) menuduh tentera Rusian melakukan jenayah perang dan membunuh orang awam di Kherson, bandar yang dirampas semula tentera Ukraine minggu lalu selepas pasukan Rusia mengundurkan diri.

"Penyiasat sudahpun mencatatkan lebih 400 jenayah perang Rusia. Mayat orang awam dan tentera yang mati ditemui," kata Encik Zelenskyy dalam ucapan video yang disiarkan setiap malam.

"Tentera Rusia meninggalkan kekejaman yang sama sepertimana ia lakukan di wilayah-wilayah lain di negara yang dicerobohinya," kata beliau.

Reuters tidak dapat mengesahkan dakwaan presiden itu dengan serta-merta. Bagaimanapun, Rusia menafikan tenteranya menyasarkan orang awam secara sengaja.

Syarikat bekalan tenaga di wilayah selatan Kherson sedang berupaya memulihkan prasarana penting yang rosak ketika tentera Rusia melarikan diri, dengan kebanyakan rumah di bandar selatan Ukraine itu masih tidak mempunyai bekalan elektrik serta air, kata pegawai wilayah.

Tentera Ukraine tiba di tengah bandar Kherson pada Jumaat selepas Rusia meninggalkan satu-satunya ibu kota wilayah yang ditawannya sejak Mosko melancarkan pencerobohan di Ukraine pada Februari lalu.

Pengunduran itu menandakan pengunduran ketiga terbesar Rusia dalam perang tersebut dan yang pertama melibatkan bandar yang diduduki sebesar itu dalam menghadapi serangan balas hebat Ukraine, yang sudah merampas semula bahagian timur dan selatan.

Para pegawai melaporkan beberapa kemajuan awal dalam usaha memulihkan bandar itu untuk kembali normal.

Penasihat Encik Zelenskyy, Kyrylo Tymoshenko, berkata di Telgera bahawa khidmat telefon sudahpun berfungsi di tengah bandar itu manakala ketua kereta api negara berkata khidmat kereta api ke Kherson dijangka disambung semula pada minggu ini.

Penduduk berkata Rusia sudahpun mengundurkan diri secara beransur-ansur sepanjang dua minggu lalu, namun pengunduran terkahir mereka jelas hanya setelah tentera Ukraine memasuki bandar Kherson pada Khamis.
Sumber : Reuters/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa