Zelenskyy tawar lepas jawatan bagi Ukraine jadi anggota NATO
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: STR/Ukrainian Presidential Press Service/AFP)
KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyypada Ahad (23 Feb) berkata beliau sanggup untuk segera melepaskan jawatannya, sebagai tukaran bagi negara itu diterima menjadi anggota pakatan pertahanan Barat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
"Jika ia menjamin keamanan untuk Ukraine, jika anda benar-benar ingin saya meletak jawatan, saya sudah bersedia," kata Encik Zelenskyy dalam sidang media di ibu kota Kyiv menjelang genap tiga tahun pencerobohan Rusia di Ukraine, pada Isnin (24 Feb).
"Saya boleh menawarkan peletakan jawatan saya untuk mendapat kaen
Presiden Zelenskyy menyeru agar Ukraine diterima menjadi anggota NATO sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk menamatkan perangnya dengan Rusia.
Namun NATO yang diterajui Amerika Syarikat, keberatan untuk memenuhi permintaan Presiden Zelenskyy itu.
Malahan minggu lalu Presiden Zelenskyy dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terlibat dalam perang mulut.
Pemimpin Amerika itu antara lain menyifatkan Presiden Zelenskyy sebagai seorang diktator dan menuduh Ukraine yang mencetuskan perang dengan Rusia.

BACA:
Meskipun begitu, Presiden Zelenskyy berkata beliau mahu mengadakan pertemuan dengan Presiden Trump sebelum pemimpin Amerika itu bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Sumber : Reuters/MU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.