Zelenskyy rayu pemimpin dunia bersatu menentang pencerobohan Rusia
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy. (Gambar: AP)
NEW YORK: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy merayu para pemimpin dunia di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar bersatu untuk menentang pencerobohan Rusia.
Encik Zelenskyy menambah, Mosko perlu dihalang supaya dunia boleh beralih kepada usaha menyelesaikan cabaran-cabaran sejagat yang mendesak.
Rusia didakwa bertanggungjawab dalam manipulasi pasaran makanan global untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap pemilikan tanah yang dirampas dari Kyiv.
Encik Zelenskyy menyentuh tentang krisis iklim dan bencana alam yang kian memburuk, sambil merujuk kepada gempa baru-baru ini di Maghribi dan banjir di Libya.
"Kita harus hentikannya. Kita mesti bersatu melawan penceroboh itu dan memberi seluruh tumpuan kita kepada keupayaan dan tenaga tentang bagaimana menangani cabaran-cabaran ini," kata beliau di Perhimpunan Agung tersebut.
Pada Mac lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Presiden Rusia Vladimir Putin kerana disyaki mengambil kanak-kanak secara haram dari Ukraine.
Kremlin bagaimanapun menolak tuduhan dan bidang kuasa mahkamah ICC itu.
Pada tahun lalu, Encik Zelenskyy telah membentangkan rancangan 10 perkara yang termasuk memulihkan integriti wilayah Ukraine, pengunduran tentera Rusia dan langkah-langkah bagi menamatkan keganasan, selain pemulihan semula sempadan Ukraine.

Sumber : Reuters/LL/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.