Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zelenskyy, pengarah urusan IMF bincang bina semula Ukraine selepas perang

Anggaran Waktu Membaca:
Zelenskyy, pengarah urusan IMF bincang bina semula Ukraine selepas perang

Presiden Volodymyr Zelenskyy. (Gambar: Handout/UKRAINE PRESIDENCY/AFP)

WASHINGTON: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada Ahad (17 Apr) berkata beliau sudah berbincang dengan Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva mengenai kestabilan kewangan Ukraine dan pembinaan semula negara itu selepas perang.

"Saya sudah berbincang dengan Pengarah Urusan IMF Georgieva mengenai isu memastikan kestabilan kewangan Ukraine dan persediaan bagi pembinaan semula selepas perang. Kami ada rancangan serta visi dan prospek yang jelas buat masa ini. Saya pasti kerjasama antara IMF dan Ukraine akan mendatangkan faedah," tulis Encik Zelenskyy dalam satu catatan di Twitter.

Cik Georgieva mengesahkan panggilan itu dalam satu hantaran di Twitter pada hari yang sama, lapor Reuters.

"Terima kasih untuk perbincangan yang baik hari ini. Ia penting untuk membincangkan asas untuk membina semula #Ukraine yang moden dan bersaing," tulis beliau, seperti dinukil daripada Reuters.

Reuters turut melaporkan bahawa Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal sebelum ini berkata bahawa beliau akan menghadiri mesyuarat IMF dan World Bank di Washington minggu ini dan akan mendapatkan lebih banyak bantuan kewangan untuk Ukraine.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan