Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zelenskyy nafi Rusia tawan Bakhmut

Anggaran Waktu Membaca:
Zelenskyy nafi Rusia tawan Bakhmut

Gambar: AFP/Dimitar DILKOFF

Diterbitkan : 22 May 2023 07:43AM Dikemas Kini : 22 May 2023 09:28AM


KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy berkata pada Ahad (21 Mei) bandar Bakhmut di bahagian timur Ukraine belum ditawan oleh Rusia.

Beliau malah, berkata bahawa tenteranya sedang mara di sekitar pinggir Bakhmut, dalam usaha untuk mengelilingi bandar timur tersebut.

Tentera Kyiv mendakwa ia masih berpegang pada sebahagian kecil bandar itu,
dan askar-askarnya sedang mempertingkatkan serangannya.

Kedua-dua Rusia dan Ukraine telah mengeluarkan kenyataan bercanggah mengenai pihak mana yang sedang menguasai bandar yang dikepung itu.

Sebelum ini, Presiden Rusia Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada askar-askarnya dan kumpulan tentera upahan Wagner yang dikendalikan secara persendirian, yang mendakwa ia sedang bersiap sedia untuk memberi kuasa bandar itu kepada Mosko.

Jeneral Oleksandr Syrskyi menjelaskan dalam satu hantaran di Telegram bahawa tentera Kyiv sedang mara di pinggir bandar tersebut. Beliau berkata pasukan tentera Ukraine semakin hampir melaksanakan "pengepungan taktikal" di bandar berkenaan, yang sebelum ini mempunyai 70,000 penduduk.


Dalam tempoh 24 jam yang lalu, tiada sebarang serangan Rusia di sekitar Bakhmut dilaporkan, termasuk serangan udara di bandar dan kampung Ivanivske di barat, katanya dalaam satu kenyataan oleh Kakitangan Jeneral Angkatan Tentera Ukraine.

Menurut para penganalisis, Bankhmut tidak mempunyai nilai strategik, meskipun Mosko mendakwa langkah menawan bandar tersebut mendorong tenteranya untuk masuk ke rantau perindustrian Donbas yang didakwa telah dirampas dari Ukraine.
 

Sumber : Reuters/HA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan