Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zelenskyy gesa Majlis Keselamatan bertindak serta-merta terhadap Rusia atau bubar saja PBB

Anggaran Waktu Membaca:
Zelenskyy gesa Majlis Keselamatan bertindak serta-merta terhadap Rusia atau bubar saja PBB

Presiden Volodymyr Zelenskyy. (Gambar: Handout/UKRAINE PRESIDENCY/AFP)

PBB: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mencabar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk "bertindak dengan serta-merta" atau "membubarkan pertubuhan anda sama sekali" semasa berucap pada Selasa (5 Apr) di mana beliau menayangkan rakaman mengerikan yang menunjukkan mayat-mayat termasuk kanak-kanak. Menurut beliau, semua mayat itu adalah mangsa kepada kelaziman Rusia.

Encik Zelenskyy menyamakan tindakan Rusia di Bucha dan bandar-bandar lain di Ukraine dengan keganasan yang dijalankan oleh "pengganas" seperti kumpulan ISIS.

Beliau menggesa Majlis Keselamatan 15 anggota itu - yang bertujuan untuk menjaga keamanan dan memastikan keselamatan antarabangsa - untuk mengusir Rusia daripada Ukraine "supaya ia tidak boleh membiarkan kekerasan mahupun mewajarkan peperangan yang dicetuskannya sendiri".

Rusia - membentuk antara lima anggota tetap Majlis Keselamatan itu - mempunyai kuasa veto, yang sudah berulang kali digunakannya untuk membatalkan huraian dan rundingan di peringkat antarabangsa.

Ini bermakna Rusia tidak boleh digugurkan daripada badan tersebut kerana ia hanya akan menguasai sebarang undi atau usul oleh Majlis Keselamatan untuk berbuat demikian.

"Jika tiada alternatif lain.. pilihan seterusnya adalah untuk membubarkan pertubuhan ini sama sekali," tambah Encik Zelenskyy.

"Tuan-tuan dan puan-puan, adakah anda sudah bersedia untuk membubarkan PBB?... Jika jawapan anda tidak, maka anda harus bertindak dengan serta-merta."

Encik Zelenskyy, yang menyampaikan ucapan dari jauh di Kyiv, memberikan bayangan tentang kekejaman yang menurut beliau dilakukan oleh tentera Rusia terhadap anggota masyarakat di Bucha, sebuah bandar di luar ibu kota Ukraine.

Encik Zelenskyy menayangkan rakaman grafik selama 90 saat yang menurut beliau adalah gambar-gambar yang dipetik dari bandar-bandar di Ukraine termasuk Bucha dan pelabuhan selatan Mariupol.

Rakaman tersebut menunjukkan mayat-mayat yang separa ditutup - termasuk kanak-kanak - dalam lubang kubur yang cetek, beberapa jasad di halaman dalam serta mayat-mayat dengan tangan mereka diikat di bahagian belakangnya dan disandarkan pada tembok.

Rusia mendakwa gambar-gambar yang dipaparkan oleh pihak berkuasa Ukraine, untuk menunjukkan bahawa pembunuhan beramai-ramai berlaku di Bucha, adalah palsu atau bahawa kematian berlaku selepas tentera Rusia mengundurkan diri daripada kawasan-kawasan tersebut.

Namun, Rusia tidak menawarkan bahan bukti dan gambar-gambar satelit menunjukkan mayat-mayat itu sudah lama bergelimpangan di sana selama beberapa minggu sebelum Moscow mengundurkan tenteranya daripada bandar berkenaan.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan