Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zelenskyy dedah 'pelan kemenangan' bagi tamatkan perang tahun depan

Anggaran Waktu Membaca:
Zelenskyy dedah 'pelan kemenangan' bagi tamatkan perang tahun depan

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy. (Gambar fail: Handout / UKRAINIAN PRESIDENTIAL PRESS SERVICE / AFP)

KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mendedahkan "pelan kemenangan" beliau yang tidak melibatkan penyerahan kawasan negaranya kepada Rusia.

Bercakap di parlimen di ibu kota Kyiv, Presiden Zelenskyy berkata jika pelan itu dilaksanakan, perang dengan Rusia dapat ditamatkan tahun depan.

Pelan itu mengandungi lima perkara utama, termasuk undangan tanpa syarat untuk Ukraine menyertai pakatan pertahanan Barat, NATO dan sokongan senjata.

Presiden Zelenskyy pula menawarkan kepada pihak Barat, peluang untuk meneroka sumber-sumber galian Ukraine.

Askar-askar Ukraine pula, katanya, boleh menggantikan sebahagian daripada pasukan tentera Amerika Syarikat di Eropah.

Bagaimanapun Rusia menyifatkan "pelan kemenangan" Ukraine itu sebagai sia-sia dan menuduh Presiden Zelenskyy terus berusaha mahu melibatkan NATO secara langsung dalam konflik sekarang.

Ketua NATO, Mark Rutte pula berkata beliau tidak dapat menyokong pelan itu secara menyeluruh dalam keadaan sekarang.
Sumber : Agensi berita/MU/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan