Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zelenskyy dakwa Rusia sasar kemudahan bahan api yang jamin bekalan EU

Anggaran Waktu Membaca:
Zelenskyy dakwa Rusia sasar kemudahan bahan api yang jamin bekalan EU

(Gambar: STR/Ukrainian Presidential Press Service/AFP)

Diterbitkan : 28 Apr 2024 11:11AM Dikemas Kini : 28 Apr 2024 11:13AM
KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy berkata serangan Rusia ke atas sektor janakuasa negaranya pada Sabtu (27 Apr) telah disasarkan ke atas kemudahan-kemudahan bahan api yang penting untuk dibekalkan kepada Kesatuan Eropah (EU).

Rusia masih membekalkan gas kepada EU menerusi satu perjanjian transit dengan Gazprom Rusia.

Perjanjian itu dijangka tamat tempohnya pada Disember ini.

Menteri tenaga Ukraine berkata bulan lalu bahawa Kyiv tidak mempunyai rancangan untuk melanjutkan atau menggantikan aturan dengan Mosko, yang membayar Ukraine untuk mengeksport bahan api ke EU.

"Sasaran utamanya merupakan sektor tenaga, pelbagai kemudahan di industri tersebut, kedua-dua kemudahan transit elektrik dan gas, khususnya, kemudahan gas yang penting untuk memastikan penghantaran yang selamat ke Kesatuan Eropah," kata Encik Zelenskyy dalam ucapan videonya yang disiarkan setiap malam.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kemudahan tertentu yang disasarkan atau sama ada peluru berpandu tersebut terkena sasaran berkenaan.
Sumber : Reuters/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan