Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zelenskyy cadang gencatan senjata 30 hari terhadap infrastruktur awam

Anggaran Waktu Membaca:
Zelenskyy cadang gencatan senjata 30 hari terhadap infrastruktur awam

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengadakan sidang media di tengah-tengah serangan Rusia ke atas Kyiv pada 28 Mac 2025. (Gambar: Ukrainian Presidential Press Service/Handout via REUTERS)

Diterbitkan : 21 Apr 2025 11:36AM Dikemas Kini : 21 Apr 2025 11:51AM
ISTANBUL: Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky pada Ahad (20 Apr) mencadangkan gencatan senjata selama 30 hari terhadap infrastruktur awam, dengan kemungkinan dilanjutkan sekiranya gencatan senjata sepenuhnya dapat dipatuhi.

“Ukraine mencadangkan supaya semua serangan menggunakan dron dan peluru berpandu jarak jauh ke atas infrastruktur awam dihentikan sekurang-kurangnya selama 30 hari, dengan potensi untuk dilanjutkan,” katanya dalam satu kenyataan di platform X.

Cadangan itu dikemukakan sebagai tindak balas terhadap gencatan senjata sebelah pihak selama 30 jam yang diumumkan Presiden Rusia Vladimir Putin, sempena perayaan Easter pada Sabtu (19 Apr).

Encik Zelensky berkata Ukraine akan memberi reaksi balas terhadap pengumuman dan menggesa agar gencatan itu dilanjutkan “sekiranya benar-benar wujud gencatan senjata sepenuhnya.”

Gencatan senjata berkenaan yang bermula pada pukul 6.00 petang waktu Moscow pada Sabtu, dijangka berakhir pada tengah malam Isnin (21 Apr).

Namun, kedua-dua pihak saling menuduh antara satu sama lain mengenai pelanggaran perjanjian itu.
Sumber : Bernama/HA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan