Zelenskyy bertemu PM Kanada, terima bantuan tambahan AS$1.83 bilion
Anggaran Waktu Membaca:
HALIFAX: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy bertemu Perdana Menteri Kanada Mark Carney di Halifax pada Sabtu (27 Dis) menjelang pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Dalam kenyataan ringkas bersama Encik Zelenskyy, PM Carney mengumumkan bantuan ekonomi tambahan sebanyak AS$1.83 bilion (S$2.3 billion) kepada Ukraine, seperti dilapor Astro Awani.
Menurut PM Carney, serangan ke atas Kyiv menunjukkan betapa pentingnya Kanada berdiri bersama Ukraine pada waktu sukar ini.
Selepas pertemuan itu, Encik Zelenskyy mengadakan perbincangan dengan pemimpin Eropah yang mana Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dalam catatan di X berkata, pihaknya mengalu-alukan segala usaha ke arah matlamat bersama iaitu mewujudkan keamanan yang adil dan berkekalan, menurut laporan Astro Awani.
Dalam pada itu, Encik Zelenskyy memaklumkan, beliau akan mengadakan rundingan semula dengan pemimpin Eropah selepas pertemuan dengan Trump pada Ahad (28 Dis), ketika Kyiv berusaha memperkukuh kedudukan bagi menghalang Rusia daripada melanjutkan perang.
Isu wilayah dan masa depan loji nuklear Zaporizhzhia yang diduduki Rusia kekal sebagai halangan utama diplomatik, seperti dilapor Astro Awani.
Encik Zelenskyy sebelum ini memberitahu wartawan di Kyiv bahawa draf dokumen 20 perkara merupakan tonggak usaha Amerika untuk memuktamadkan perjanjian damai yang kini siap 90 peratus.

Sumber : Agensi berita//fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.