Zelenskyy beri amaran 'peperangan' akan tercetus di Rusia susuli serangan dron Mosko
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AP
KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy memberi amaran pada Ahad (30 Jul) "peperangan akan berlaku di Rusia" dan diteruskan selepas tiga dron negara itu ditembak jatuh di Mosko".
"Secara beransur-ansur peperangan ini akan kembali ke Rusia, kepada pusat simboliknya dan kesemua pangkalan tenteranya.
"Ini satu tindakan yang tidak dapat dielakkan dan adil bagi kami," katanya selepas melawat Ivano-Frankivsk, sebuah bandar di bahagian barat negara itu.
Beliau turut berkata Ukraine kini semakin kuat namun harus bersiap sedia menghadapi serangan baharu Mosko terhadap infrastruktur tenaga ketika musim sejuk.
Ketika ini, jelasnya, persiapan untuk menghadapi segala kemungkinan telah dibincangkan di Ivano-Frankivsk.
Pada awal Ahad, pihak berkuasa tempatan dan perkhidmatan kecemasan Rusia memaklumkan tiga dron Ukraine ditembak jatuh di Mosko.
Agensi berita DPA melaporkan bahagian hadapan dua bangunan pejabat alami kerosakan minimum akibat serangan itu.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Susulan kejadian itu, lapangan terbang Vnukovo di Mosko ditutup dan penerbangan dilencongkan sementara operasi di lapangan terbang lain di wilayah itu berjalan seperti biasa.
Mosko menjadi sasaran beberapa serangan dron susulan pencerobohannya ke atas negara jiran Ukraine yang dilancarkan pada Februari 2022.
Ibu kota Rusia itu juga berulang kali menyasarkan Ukraine dengan dron dan peluru berpandu menyebabkan kematian dan kerosakan besar di Kyiv dan bandar-bandar lain.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.