Skip to main content

Dunia

Zelenskyy berharap Barat bertindak tegas terhadap serangan dron Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
Zelenskyy berharap Barat bertindak tegas terhadap serangan dron Rusia

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengadakan sidang media di tengah-tengah serangan Rusia ke atas Kyiv pada 28 Mac 2025. (Gambar: Ukrainian Presidential Press Service/Handout via REUTERS)

Diterbitkan : 30 Mar 2025 05:21PM Dikemas Kini : 30 Mar 2025 06:32PM
KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy berkata, Ukraine mengharapkan tindak balas tegas daripada negara-negara Barat terhadap serangan dron Rusia yang berlaku hampir setiap hari di negara itu.

Encik Zelenskyy dalam ucapannya pada Sabtu (29 Mac) memaklumkan sebanyak 172 dron telah dilancarkan ke Ukraine dalam tempoh semalaman.

"Rakan-rakan di negara-negara Barat harus memahami bahawa serangan Rusia ini bukan sahaja menyasarkan rakyat, tetapi juga semua usaha antarabangsa, usaha diplomatik yang bertujuan untuk menamatkan perang ini.

"Rusia menyerang semua orang yang berusaha untuk menamatkan perang. Kami mengharapkan tindak balas yang tegas, tindak balas yang serius. Kami sedang berusaha untuk memastikan terdapat reaksi yang kuat, terutamanya dari Amerika, Eropah dan pihak-pihak yang bergantung kepada diplomasi," katanya lagi.

Awal bulan ini, Ukraine menghulurkan tawaran perdamaian dengan Rusia dan berkeyakinan ia boleh dicapai sekiranya Mosko bersetuju dengan syarat-syarat tertentu.

Encik Zelenskyy juga menegaskan, bahawa tiada dendam terhadap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyusuli pertemuan tegang antara kedua-dua pemimpin baru-baru ini, sambil mengucapkan terima kasih atas kepemimpinan Encik Trump serta penghantaran senjata kepada Ukraine.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita