Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zelenskyy ancam tidak hadir sidang puncak G20 jika Putin ikut serta

Anggaran Waktu Membaca:
KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata pada Khamis (3 Nov) bahawa beliau tidak akan hadir pada sidang puncak kumpulan ekonomi dunia G20 di Indonesia jika pemimpin Kremlin, Vladimir Putin turut hadir.

Encik Zelenskiy memberitahu wartawan selepas mesyuarat di Kyiv dengan Presiden Greece bahawa beliau dijemput oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo, untuk menghadiri sidang puncak itu pada 15 hingga 16 November.

"Kedudukan peribadi saya dan kedudukan Ukraine ialah jika pemimpin Persekutuan Rusia hadir, maka Ukraine tidak akan turut serta. Kami akan lihat bagaimana keadaannya pada masa depan," kata beliau.

Sebelumnya, Presiden Ukraine itu berkata pada Khamis (3 Nov) bahawa beliau sudah bercakap dengan Encik Joko Widodo melalui panggilan telefon dan berbincang mengenai persiapan sidang puncak G20 serta perjanjian bijirin di Laut Hitam.

Rusia menceroboh Ukraine pada 24 Februari dan peperangan itu kini memasuki bulan kesembilan dengan ribuan penduduk maut, jutaan dipindahkan dan bandar-bandar dimusnahkan.

Mosko menyifatkan tindakan mereka sebagai operasi ketenteraan khas.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan