Skip to main content

Dunia

Zaki Yamani mohon maaf kepada Hadi Awang selepas doakan kematian Presiden PAS

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Individu yang tular dengan kata-kata biadab mendoakan kematian Presiden PAS, Abdul Hadi Awang baru-baru ini, tampil membuat permohonan maaf.

Pengguna Twitter, Zaki Yamani menulis permohonan maaf secara terbuka kepada isteri dan keluarga Encik Abdul Hadi.

Pada Sabtu (1 Jul), Encik Zaki menulis ciapan biadab terhadap kesihatan Encik Abdul Hadi dan mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, yang dipetik oleh Sinar Harian.

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada Ahad (1 Jul) menyampaikan rasa kesal atas tindakan seorang pengguna media sosial yang berkongsi ciapan tentang keadaan kesihatan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang merosot dan sedang dirawat di hospital.

Dalam ciapan di Twitter, Encik Anwar menggesa pengguna berkenaan, Zaki Yamani supaya memohon maaf atas hantarannya itu.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita