Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zahid tandatangan 51 cek berjumlah RM31 juta

Mahkamah Tinggi Malaysia hari ini (11 Feb) diberitahu Dr Ahmad Zahid Hamidi menandatangani 51 keping cek berjumlah RM31 juta (S$10.4 juta)milik Yayasan Akalbudi yang digunakan untuk membuat beberapa pembayaran termasuk kegunaan peribadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Zahid tandatangan 51 cek berjumlah RM31 juta

Dr Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 11 Feb 2020 10:46PM Dikemas Kini : 11 Feb 2020 10:52PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Malaysia hari ini (11 Feb) diberitahu Dr Ahmad Zahid Hamidi menandatangani 51 keping cek berjumlah RM31 juta (S$10.4 juta )milik Yayasan Akalbudi yang digunakan untuk membuat beberapa pembayaran termasuk kegunaan peribadi.

Pengurus Affin Bank cawangan Jalan Bunus, S Rajen Taran, 40, berkata cek terbabit adalah untuk pembayaran kad kredit AmIslamic Bank dan Maybank, masing-masing berjumlah RM1,300,630.82 (S$440,000) dan RM61,406.99 (S$20,600) serta insurans dan cukai jalan kenderaan milik Dr Ahmad Zahid sebanyak RM107,509.55 (S$36,000).

“Cek itu juga digunakan untuk perbelanjaan pengurusan Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia pada November 2015 sebanyak RM1.3 juta (S$440,000), TS Consultancy & Resources bagi kerja-kerja pendaftaran pengundi berjumlah RM360,000 (S$120,000).

“Ahmad Zahid juga mengeluarkan cek RM10 juta (S$3.36 juta) untuk meminjamkan dana itu kepada syarikat pengimport dan pembekal arang batu iaitu Armada Holdings Sdn Bhd serta ‘Bankers Cheque’ berjumlah RM17,953,185.21 kepada pemegang amanah Yayasan Akalbudi, Messrs Lewis & Co,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt.

Saksi pendakwaan ke-27 itu berkata demikian pada hari ke-13 perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang berdepan 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah jutaan ringgit.

Ahmad Zahid, 67, menghadapi 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya bagi pecah amanah (CBT), lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan bersambung esok.

Sumber : Bernama/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan