Zahid Quraishi warga Islam pertama dilantik hakim persekutuan AS
Senat Amerika Syarikat pada Khamis (10 Jun) meluluskan pelantikan Zahid N. Quraishi, warganegara beragama Islam pertama yang dilantik sebagai hakim persekutuan dalam sejarah negara itu.

(Gambar: Tom Williams/POOL/AFP)
WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat pada Khamis (10 Jun) meluluskan pelantikan Zahid N. Quraishi, warganegara beragama Islam pertama yang dilantik sebagai hakim persekutuan dalam sejarah negara itu.
"Quraishi akan menjadi warga Islam AS pertama dalam sejarah AS untuk berkhidmat sebagai Hakim Persekutuan Artikel III. Islam adalah agama ketiga terbesar di AS dan beliau adalah yang pertama dilantik sebagai Hakim Artikel III," kata Ketua Majoriti Senat Charles Schumer sebelum pengundian.
Senator meluluskan pelantikannya dengan 81 menyokong dan 16 membantah bagi mengesahkan Quraishi untuk menjadi hakim di mahkamah daerah New Jersey, lapor Xinhua yang memetik The Hill.
Seramai 34 senator daripada Parti Republican menyokong Democrat untuk meluluskan usul berkenaan, menurut laporan itu.
Quraishi, anak pendatang Pakistan, telah berkhidmat sebagai hakim di mahkamah AS sejak 2019, dan sebelum ini bertugas di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, pejabat peguam AS dan berkhidmat dalam tentera.
Beliau adalah calon kehakiman ketiga yang dilantik Democrat sejak Encik Joe Biden mengangkat sumpah mengetuai Rumah Putih.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.