Skip to main content

Dunia

Zahid Hamidi tamatkan cuti, kembali galas tugas Presiden UMNO

Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan akan menyambung semula tugas sebagai Presiden UMNO berkuat kuasa hari ini (30 Jun) selepas bercuti daripada jawatan tersebut sejak 18 Disember tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Zahid Hamidi tamatkan cuti, kembali galas tugas Presiden UMNO

Gambar fail Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 30 Jun 2019 11:00PM Dikemas Kini : 30 Jun 2019 11:02PM

IPOH: Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan akan menyambung semula tugas sebagai Presiden UMNO berkuat kuasa hari ini (30 Jun) selepas bercuti daripada jawatan tersebut sejak 18 Disember tahun lalu.

"Oleh kerana hari ini genap setahun saya dipilih bukan dilantik oleh perwakilan UMNO, seluruh negara dari 191 bahagian maka genap setahun ini cukup signifikan dan penting bagi saya.

"Oleh yang demikian, hari ini saya ingin mengumumkan bahawa saya menamatkan cuti sebagai Presiden UMNO bermula hari ini. Ini bererti bahawa mulai hari ini saya akan terus menyambung tugas sebagai Presiden UMNO Malaysia," katanya.

Beliau membuat pengumuman itu di majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini.

Pengumum itu turut disiarkan secara langsung di Facebook Dr Ahmad Zahid.
Pada 18 Dis lalu, Dr Ahmad Zahid bersetuju menyerahkan sementara tugas presiden kepada timbalannya Encik Mohamad Hasan atas alasan demi kepentingan pimpinan dan parti.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita