Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zahid Hamidi nafi tahu tentang wang tunai di pejabat Najib

Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa tidak dimaklumkan mengenai simpanan tunai berjumlah jutaan ringgit di pejabat mantan Perdana Menteri Najib Razak.

Anggaran Waktu Membaca:
Zahid Hamidi nafi tahu tentang wang tunai di pejabat Najib

Dr Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar fail: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 09 Aug 2018 06:29PM Dikemas Kini : 09 Aug 2018 06:30PM

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa tidak dimaklumkan mengenai simpanan tunai berjumlah jutaan ringgit di pejabat mantan Perdana Menteri Najib Razak.

Malah, beliau juga tidak mengetahui sama ada wang berkenaan adalah milik UMNO atau sebaliknya.

“Saya tidak tahu, saya tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemui Berita Harian Malaysia hari ini (9 Ogos).

Sehubungan itu, Dr Ahmad Zahid yang juga Ketua Pembangkang, menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan kecurian wang tunai berjumlah RM3.5 juta (S$1.17 juta) oleh 17 pegawai keselamatan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Elok kita serahkan kepada SPRM dan polis untuk membuat siasatan.

“Tidak seharusnya jika menemui wang itu, mereka membuat keputusan untuk mengagihkan sesama sendiri, eloklah diserahkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Media semalam melaporkan 17 anggota keselamatan didakwa mengambil wang itu daripada pejabat Encik Najib selepas mengetahui Barisan Nasional tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Menurut BH Online, wang terbabit dikatakan sebahagian daripada dana pilihan raya UMNO.

Anggota keselamatan terbabit dipercayai sebahagian daripada pasukan bertugas pada malam PRU14 lalu, untuk menyediakan kawalan keselamatan di jabatan berkenaan. Wang terbabit tidak disimpan dalam peti keselamatan.

SPRM mendapatkan perintah tahanan reman lima hari terhadap suspek berusia antara 31 hingga 51 tahun di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan.

BH Online difahamkan, SPRM merampas wang tunai berjumlah RM840,700 (S$280,000) daripada suspek, bersama sembilan motosikal bernilai RM90,000 (S$30,000). 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan