Zahid Hamidi hadir beri keterangan di SPRM
Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (10 Okt).

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi hadir di ibu pejabat SPRM pada 10 Okt. (Gambar fail: BERNAMA)
PUTRAJAYA: Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (10 Okt).
Beliau tiba pada sekitar 9.20 pagi dengan menaiki kenderaan berwarna putih.
Media sebelum ini melaporkan beliau dikehendaki hadir ke ibu pejabat badan antirasuah itu bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan dana sebuah yayasan.
Diiringi beberapa pegawai SPRM, Ahmad Zahid terus masuk ke dalam bangunan dengan puluhan wakil media tempatan dan antarabangsa hadir membuat liputan.
Isnin lalu (8 Okt), Dr Ahmad Zahid menerusi kiriman tweet menyatakan beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM.
Dr Ahmad Zahid turut memberi keterangan kepada SPRM pada Julai lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.